Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Kesibukan tugas harian membuatkan saya lupa seketika. Baru-baru ini saya ingin menulis mengenai Jamuan Hari raya. Syawal telah berlalu dan majlis raya pun telah berakhir. Betapa kita di Malaysia ini perlu banyak-banyak bersyukur kerana sentiasa cukup makan bahkan terlebih makan!. Sana sini jamuan raya diadakan, bahkan ianya menggoda "iman' orang yang hendak puasa 6. Masa puasa, berat saya susut 4 kg. Sekarang dah naik 2 kg. Azam dalam hati nak kurangkan makan (yang berkalori tinggi) tapi jamuan raya punya hal (sate, nasi beriani, ketupat etc.. etc..) makan jugaklah.
Adakalanya ada 2- 3 jamuan raya dalam sehari. Biasalah kalau balik ke ofis, badan dan mata rasa berat.. Exercise jarang-jarang buat. Lagi la menambah lemak dan silap haribulan kolesterol tinggi. Saya tinggalkan kisah jamuan raya.
Saya juga ingin nyatakan di dalam blog ini mengenai service seorang doktor di sebuah poliklinik di KB-baiklah, antara andaian dan diagnosis. Mungkin dia doktor ganti atau fresh graduate. Bersikap cincai dan tidak membuat apa-apa pemeriksaan terhadap saya. Saya mengadu sakit dada, sakit kat hati etc. Anda bayangkan dia boleh kata, "Sakit dada disebabkan oleh urat kat dada yang tegang, mungkin awak tension, tapi pandai-pandai la awak sendiri nak atasi tension itu dan bla.. bla..." (syarahan perdana) dan last sekali dia boleh tanya saya, "Sekarang ni awak nak saya buat apa?" So saya jawab," Doc, boleh periksa tekanan darah saya tak? (dalam hati, aku ke ngkau doktor ni). Dia terus memeriksa tekanan darah dan ok. Saya rasa ingin cepat blah dari situ. Penghabisannya saya diberi ubat pain killer. Can u imagine that? Kalau tahu macam tu baik saya ke farmasi saja. Patutla poliklinik tu takde orang, mungkin sebab si doc itu.
Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah:-
(1) Doktor itu telah membuat andaian sendiri tanpa membuat apa-apa pemeriksaan terhadap pesakit. Dalam bab ini andaian tidak boleh diterima melainkan disokong oleh bukti (pemeriksaan yang betul).
(2) Doktor itu juga boleh dikatakan telah melakukan medical negligence sekiranya dia cincai atau cuai semasa memberi rawatan atau preskripsi ubat yang salah. Pernah berlaku kepada rakan saya semasa di kampus dahulu. Beliau mengalami bengkak di kaki. Apa jawapan doktor kampus? Ala awak tu tension sebab nak exam. Suatu hari rakan saya collapse, dan setelah didiagnos, dia menghidap penyakit buah pinggang! Ternyata doktor di kampus itu telah bersikap lewa. Rakan saya tadi terfikir untuk menyaman doc itu for medical negligence tapi bila memikirkan masa dan kos, dia membiarkannya saja.
Di negara Barat kita perhatikan mengapa servis di sana tip top dan jarang mengecewakan? kerana mereka TIDAK MAHU KENA SAMAN dan BAYAR PAMPASAN. Pokoknya apa sahaja khidmat yang kita berikan hendaklah berteraskan kepada KEPUASAN PELANGGAN. Cherio.
No comments:
Post a Comment