Sunday, July 12, 2009

KISAH NATRAH

20 tahun yang lalu, ketika di bangku sekolah rendah saya telah mengikuti kisah Natrah atau Maria melalui Dewan Masyarakat yang disiarkan selama 3 bulan berturut-turut. Kisah beliau yang dibongkarkan oleh Saudari Fatini Yaacob (sekarang Datin) begitu memilukan hati. Kisah ini bukan sekadar kisah biasa atau kisah kekeluargaan. Bahkan melibatkan agama yang menjadi sensitiviti orang-orang Melayu pada tahun 1950.
Mengikut Fatini, orang-orang Melayu bukanlah tidak menghormati keputusan Mahkamah pada ketika itu tetapi sebenarnya marah dengan gambar- gambar Natrah yang disiarkan di dalam New Straits Times yang menunjukkan beliau sedang melutut di hadapan patung Virgin of Mary. Barat berpendapat bahawa Islam telah "kalah" ketika Natrah dibawa pergi ke Belanda.
Pemergian Natrah ke alam barzakh telah menoktahkan penderitaan yang ditanggungnya selama ini dan tetap tidak akan hilang dari sejarah Tanah Melayu.