Saya tertarik dengan sebuah artikel seperti tajuk di atas dalam Mingguan Malaysia 15 Mac 2009. Apakah kayu ukur atau tanda aras untuk cemerlang dan bagaimanakah pula ibu bapa, guru dan masyarakat mentafsirkan kecemerlangan? Dalam konteks pendidikan masa kini, budaya A adalah sesuatu yang diterima pakai bagi mentafsirkan kecemerlangan.
Menurut sebahagian daripada catatan penulis berkenaan:-
1) Anak-anak yang kurang cemerlang dalam peperiksaan dinafikan hak untuk cemerlang dalam hidup.
2) Pelajar cemerlang akademik disanjung oleh masyarakat manakala pelajar yang kurang/ tidak cemerlang tercicir.
3) Sistem pendidikan mengiktiraf sekolah dan negeri yang melahirkan pelajar cemerlang yang mana ia menggalakkan perlumbaan.
4) Pelajar dan guru tertekan
5) Anak-anak dididik bukan atas tujuan moral tetapi lebih kepada ekonomi- dipaksa untuk dapat keputusan cemerlang.
6) Manusia ternama seperti Siti Nurhaliza, Jimmy Choo mampu berjaya tanpa akademik yang baik.
7) Walau bagaimanapun, ada juga tokoh ternama yang lahir daripada latar belakang akademi yang cemerlang seperti Tun Dr. M. dsb.
8) Negara perlu melakukan reformasi pendidikan.
9) Tumpuan kepada A berlebihan sehingga mengabaikan aspek-aspek seni, sukan, kemahiran dan sebagainya.
Adik Nik Nur Madihah adalah contoh pelajar yang cemerlang yang seimbang dari segi IQ dan SQnya. Semoga beliau akan terus cemerlang pada masa-masa yang akan datang.
Kepada pelajar-pelajar yang kurang cemerlang, ingatlah bahawa SPM bukanlah segala-galanya.. Jadikanlah ianya wasilah (satu jalan) bukan sebagai ghayah (matlamat). Wasilah dalam erti kata ianya jalan ke Universiti atau jalan untuk mara ke peringkat yang seterusnya dan bukan matlamat akhir.
Ingatlah apabila sudah berada di universiti sijil SPM sudah tidak 'laku' lagi, dan apabila anda berada di alam pekerjaan, ijazah degree anda sudah tidak dipandang lagi. Apa yang dinilai pula ialah prestasi kerja anda. Dan ingatlah bahawa roda kehidupan sentiasa berputar. Anda tidak akan berada di atas atau di bawah selama-lamanya. WaLlahu a'lam.
Tuesday, March 17, 2009
Doktor kena kursus komunikasi?
Isu ini dah lama timbul dalam akhbar. Dikatakan kena kursus komunikasi kerana berat mulut untuk bercakap, kurang beramah mesra dan tidak berapa berminat mendengar masalah pesakit terutamanya jika pesakit nak memberitahu kesakitannya dengan lebih lanjut.
Melalui tinjauan saya di sebuah hospital dan sebuah klinik (2 contoh saja), saya dapat agak punca kenapa doktor kurang komunikasi dengan pesakit. Setiap doktor dibekalkan sebuah komputer seorang. Atas dasar nak membaiki sistem penyampaian di hospital, rekod pesakit akan dihubungkan antara bahagian pendaftaran dengan bilik doktor dan bahagian farmasi. DOktor hanya perlu klik pada nama ubat dan masukkan butir-butir mengenai penyakit.
Saya perhatikan oleh kerana doktor terlalu bergantung kepada komputer (untuk masukkan data etc), maka mata doktor banyak tertumpu kepada komputer dan bukan kepada pesakit. Malah sewaktu bertanyakan sakit apa pun matanya masih bertumpu kepada komputer dan bukan kepada pesakit!. Kalau anda jadi pesakit tentu anda terasa, bukan?!.
Kesimpulannya, bukan mudah nak handle komputer sambil beramah mesra/ bercakap dan merawat pesakit pada masa yang sama...Pendek kata, pakai cara lama.. tulis tangan.

Subscribe to:
Comments (Atom)