1. Ketika menulis entry ni hujan lebat. Tahun ini saya dan keluarga tidak melakukan ibadat korban. Sesekali ada kanak-kanak yang datang menghantar daging korban ke rumah. Dapatlah kami merasa daging pada hari ini.
2. Petang ini tak banyak benda yang dapat dibuat. Kebanyakan kerja-kerja rumah telah dapat diselesaikan lebih awal. Dapatlah saya berehat sekejap pada petang ni sambil membaca akhbar secara online dan melayari internet.
3. Sejak mempunyai blog sendiri ni, saya juga suka melayari blog-blog orang lain dan juga mencari maklumat rakan-rakan lama. Ya, sesekali saya merasa rindu pada teman-teman lama yang tidak saya simpan no mereka, ataupun yang saya simpan no tapi tidak menghantar sms kepada mereka.
4. Caranya mudah saja. Pergi ke laman google dan taipkan nama rakan-rakan yang saya nak tahu mengenai perkembangan terkini mereka. Tadi saya ada terbaca utusan online mengenai Abby Abadi yang memfailkan cerai kali kedua. Bukanlah kisah Abby itu mendorong saya untuk menulis di sini tapi peguam syarie yang mewakilinya iaitu Ahmad Nazib Johari. Beliau ialah senior saya semasa di U. To Nazib, my hope is please do not assist people in divorce matter. Cari la kes lain (he he jangan marah...)
5. Saya juga dapat info tentang Kak NorAsyikin Hamzah, my collegue masa MCL. Wah rupanya tengah buat PhD. Congrats!. Sebenarnya Kak Syikin ada bagitau tahun lepas pasal PhDnya, cuma saya terlupa. Saya juga dapat menjejaki Syahnaz, Rozaini, Salsuney, Akbar (MCL), Nazri, Hilmie, Asma, WNH, dan lain-lain. Tapi ada juga yang saya tak dapat kesan seperti Nurul Aini. Last time saya jumpa dia semasa dinner kat Oriental Restaurant 2 tahun yang lepas. Rupanya dia tengah cuti belajar PhD kat Australia. Mungkin sekarang dah grade.
6. Saya kagum dengan semangat dan keazaman rakan-rakan yang berjuang sampai ke PhD. Saya ada juga cita-cita nak sambung belajar, tapi 4 tahun meninggal alam pengajian ini membuatkan otak saya jadi "beku" sikit. Memang ada yang memberi galakan, tapi mungkin 2-3 tahun lagi kot- sehingga saya menyelesaikan beberapa perkara.
7. Dalam sehari dua ini, banyak musibah yang melanda. Tanah runtuh, kemalangan jalanraya dsb. Inilah harga yang perlu kita bayar apabila bukit ditarah atas nama pembangunan. Bukankah Allah jadikan bukit-bukau dan gunung-ganang itu sebagai pemahat bumi agar tetap teguh? Dan satu lagi kemalangan jalan raya selalu terjadi disebabkan kecuaian manusia seperti faktor tidak sabar, memandu laju, mengantuk, tidak cukup rehat dan sebagainya.
8. Satu lagi bos ada minta saya jadi chief de mission lawatan sambil belajar ke Penang dan Kedah pada 24 Disember ini. Rasa tak mau pergi la sebabnya bonda dan ayahanda akan balik dari mengerjakan haji pada 25 Dis. Pastu pulak bukan ke tsunami yang melanda Penang jatuh pada 26 Dis? Lagipun dah 2 LSB saya pergi sebelum ni seperti ke Lumut dan Bandung, Indonesia. Nanti orang lain kata asyik-asyik muka ni je yang dapat pergi lawatan.. heheh. (memang le sebab saya yang selalu kena suruh mengarang kertas kerja LSB). Saya rasa setakat ini dahulu. Semoga berjumpa lagi