Tuesday, June 30, 2009

RODA KEHIDUPAN

Hidup ini ibarat roda. Kadang-kala kita di atas. Kadang kala kita di bawah. Suatu masa kita mencapai saat kegemilangan dan suatu ketika nanti kita akan menemui kehancuran atau kemerosotan. Si miskin tidak akan berada dalam lingkaran kemiskinan sekiranya dia berusaha dan bertawakal. Manakala si kaya mungkin tidak kaya selama-lamanya melainkan dia menggunakan kekayaan dengan cara yang betul, berusaha bersungguh-sungguh dan membayar zakatnya. Sudah menjadi lumrah hidup, apabila kita mencapai saat-saat gemilang, ia juga menandakan bahawa kita akan 'jatuh' tidak lama lagi. Begitu la adat hidup di dunia tiada yang kekal abadi melainkan amalan kebajikan yang dibawa mati.