Sunday, October 30, 2011

KEMBALI SEMULA

Salam,


Dah lama tak menjenguk blog ini. Dah bersawang hampir 10 bulan ditinggalkan. Payah betul aku nak mengatur ayat dalam tulisanku ini. Aku agak sibuk dengan tugas di pejabat dan kehidupan seharian. Sebenarnya sibuk bukan alasan yang tepat sebab manusia diberi masa 24 jam sehari. 24 jam tu kalau isi dengan betul sudah tentu banyak perkara yang boleh diselesaikan. Masih ada ruang sebenarnya kalau aku nak meng-update blog ini setap hari. Cuma aku tak peruntukkan waktu untuk meng-update blog. Itu yang sebetulnya. Aku peruntukkan waktu untuk buat benda lain. Tentu 'pembaca' blog ini sudah 'hilang' atau masih ada kah yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa dan kurang informasi ini?


Bercakap mengenai waktu, selalu kita dengar orang menyebut "saya sibuk" "saya tak da masa". Tapi logiknya kalau difikirkan Allah beri masa 24 jam kepada kita. Dalam tempoh 24 jam ni macam-macam perkara yang kita boleh lakukan kalau kita berminat nak lakukan. Contohnya Seorang wanita yang bekerjaya, mempunyai 3-4 anak, membuat kerja rumah dan dan melayan suami dan anak-anak, sempat lagi pada malamnya atau waktu senggang yang lain mengupdate blog, atau melayari internet atau menyambung kerja pejabat yang belum selesai. Yang sebetulnya kita tidak lakukan sesuatu bukan sebab kita sibuk tapi sebenarnya - kita sibuk, tetapi masih ada waktu terluang dan tidak peruntukkan waktu yang terluang tersebut untuk lakukan sesuatu yang kita suka/ patut lakukan/ biasa lakukan atau apa-apa lagi yang berkaitan dengannya.

Friday, January 7, 2011

Kembali menjenguk

Salam,

1. Dear readers, Salam tahun baru 2011 dan harap tidak terlambat untuk mengucapkannya. Hampir setahun tidak menulis di blog ini. Sebenarnya banyak perkara yang ingin ku tulis di blog ini sebelumnya, tapi entah tak menjadi. Tahun 2010 ditinggalkan dengan seribu satu pahit dan manis. Ye, pahit dan manis itulah yang mendewasa dan mematangkan kita seiring dengan peningkatan usia.
2. Segala yang penat jerih/sukar telah berlalu. Tahun lepas terlibat dengan bermacam-macam perkara/ kerja dari 5S, WE, Sarawak, Audit, ISO, penutupan akaun, AKB dan sebagainya. Semuanya telah ditempuhi dengan suka duka. Aku tidak ingin bercerita lanjut tentang apa yang telah berlalu. Bagi setiap kesukaran tu tetap ada kesenangan dan kepuasannya yang tersendiri.
3. Aku bakal berpindah ke seksyen lain dalam tempoh terdekat ini jika tiada aral melintang. Seksyen kewangan ini telah aku duduki selama 5 tahun. Kira satu jangka masa yang agak panjang berbanding rakan-rakanku yang lain. Bukan mudah berada di seksyen ini. Dari seorang yang agak lemah lembut, menjadi sedikit tegas. Karenah staf dan orang-orang sekeliling pun perlu ditangani dengan cara yang terbaik. Apa pun, semuanya adalah 'good exercise' untuk aku untuk melangkah ke tahap yang seterusnya.
4. Hujan di sini lebat mencurah-curah sejak 2 minggu yang lalu. Kesian dengan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berpindah. Kesian dengan nak-anak yang tidak dapat ke sekolah sebab sekolah di kawasan banjir. Kesian juga dengan tragedi kebakaran 30 buah rumah di Gua Musang yang berlaku jam 1 pagi tadi. Semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian. Insya Allah bantuan WE akan menyusul kelak.