Friday, January 7, 2011

Kembali menjenguk

Salam,

1. Dear readers, Salam tahun baru 2011 dan harap tidak terlambat untuk mengucapkannya. Hampir setahun tidak menulis di blog ini. Sebenarnya banyak perkara yang ingin ku tulis di blog ini sebelumnya, tapi entah tak menjadi. Tahun 2010 ditinggalkan dengan seribu satu pahit dan manis. Ye, pahit dan manis itulah yang mendewasa dan mematangkan kita seiring dengan peningkatan usia.
2. Segala yang penat jerih/sukar telah berlalu. Tahun lepas terlibat dengan bermacam-macam perkara/ kerja dari 5S, WE, Sarawak, Audit, ISO, penutupan akaun, AKB dan sebagainya. Semuanya telah ditempuhi dengan suka duka. Aku tidak ingin bercerita lanjut tentang apa yang telah berlalu. Bagi setiap kesukaran tu tetap ada kesenangan dan kepuasannya yang tersendiri.
3. Aku bakal berpindah ke seksyen lain dalam tempoh terdekat ini jika tiada aral melintang. Seksyen kewangan ini telah aku duduki selama 5 tahun. Kira satu jangka masa yang agak panjang berbanding rakan-rakanku yang lain. Bukan mudah berada di seksyen ini. Dari seorang yang agak lemah lembut, menjadi sedikit tegas. Karenah staf dan orang-orang sekeliling pun perlu ditangani dengan cara yang terbaik. Apa pun, semuanya adalah 'good exercise' untuk aku untuk melangkah ke tahap yang seterusnya.
4. Hujan di sini lebat mencurah-curah sejak 2 minggu yang lalu. Kesian dengan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berpindah. Kesian dengan nak-anak yang tidak dapat ke sekolah sebab sekolah di kawasan banjir. Kesian juga dengan tragedi kebakaran 30 buah rumah di Gua Musang yang berlaku jam 1 pagi tadi. Semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian. Insya Allah bantuan WE akan menyusul kelak.