- 1. Saya baru sahaja dapat tahu tentang pengesahan jawatan gred 44 walaupun surat rasmi belum dikeluarkan lagi. Syukur Alhamdulillah. Sebenarnya di hadapan saya kini terbentang satu tugas dan tanggungjawab yang berat. Saya tetap melakukan tugasan yang sama sewaktu di gred 41 dulu. Kalau dulu kerja saya selesai pada sebelah petang dan meja saya akan kosong pada waktu itu, tapi sejak naik 44 (KUP dan memangku), meja saya tak pernah lagi kosong dan kerja-kerja saya banyak yang perlu diselesaikan.
- 2. " With great power comes great responsibility", that's true. Semakin tinggi pangkat, semakin besar tanggungjawab dan tugas yang harus dipikul. Laratkah saya? Mampukah saya menanggungnya? InsyaAllah selagi terdaya, saya akan melakukan yang terbaik. "Never say die before u try". Saya teringat lagi kata-kata seorang kerani saya sewaktu saya mula dapat KUP dahulu "Cik Jie harap jangan jadi garang pula lepas naik pangkat ni".
- 3. Garangkah saya? Saya tak garang, cuma kadang-kadang saya perlu tunjukkan ketegasan kepada kakitangan di bawah seliaan saya. Ketegasan bagi seorang bos penting agar perjalanan kerja teratur, kemas dan agar semua kakitangan tidak leka dan lalai dalam melakukan tugasan mereka. Nasihat dan teguran perlu sentiasa diberi. Spot check juga kena buat. Saya juga akan pastikan saya meronda setiap meja dan dengan cara ini saya dapat pantau kerja-kerja mereka. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya dalam mengharungi liku-liku hidup dan mencapai masa depan yang cemerlang dan gemilang. Amin.
No comments:
Post a Comment