1. Cuti sekolah dan hujung tahun datang lagi. Musim hujan dan tengkujuh pun turut tiba. Cuti sekolah adalah masa yang baik untuk membawa keluarga melancong ke tempat-tempat tertentu atau balik kampung atau melakukan pelbagai aktiviti. Bagi yang bekerja di pejabat, mereka akan menghabiskan baki cuti yang ada. Jika tidak, cuti berkenaan akan di bawa ke tahun hadapan atau dimasukkan ke dalam tabung GHS. Untungnya, musim haji tahun ini berbetulan dengan cuti sekolah. Harap-harap tiada banjir yang melanda pada hujung tahun ini..
2. Di pejabat, hujung tahun adalah masa yang paling sibuk. 45 hari lagi sebelum tiba tahun baru 2009, projek-projek pembangunan sama ada besar atau kecil perlu disiapkan. Baucer-baucer bayaran perlu dilunaskan. Peruntukan yang masih ada perlu dibelanjakan. Biasanya beban kerja bertambah dan memenatkan. Christmas shopping la katakan. Silap terlepas pandang bayaran, dapat report bil melebihi 14 hari. Bila dah melebihi 14 hari siaplah mengadap... Tak pun terpaksa minta balik peruntukan tahun ini pada tahun depan. (AP58).
3. Bukan itu saja, masa ini jugalah Audit Dalam nak buat lawatan. Pemantauan sistem 5S pun nak rebut peluang. Itu belum lagi dokumen-dokumen yang diminta oleh JANM Kelantan. Sama-sama nak habiskan "hutang" agar tak terbawa-bawa ke tahun depan. Kalau diikutkan rasanya mahu "tumbang". Nasib baik ada geng kerja berpasukan. Kami semua menurut arahan. Berkhidmat untuk negara menjadi slogan. Agar kerja terus cemerlang. Pelanggan tidak berhati walang. Organisasi terus maju ke depan.
4. Jika niat betul, memang kerja satu ibadah. Termasuk dalam ibadah juga ialah mengurangkan red tape atau karenah birokrasi. Agar semua berpuas hati. Tidak dituntut di Akhirat nanti. Wa Allah 'A'lam.
No comments:
Post a Comment