1. Sekarang dah tiba musim hujan. Minggu ini sahaja, hujan turun 3 hari berturut-turut tanpa henti dan begitulah selsema saya makin menjadi-jadi. Asal terdedah aje dengan hawa sejuk, terus bersin dan hidung tersumbat. Sebenarnya sudah 2 minggu hidung saya tersumbat dan suara saya juga agak sengau.
2. Esok hari Jumaat maka dapatlah saya berehat. Sudah 5 hari saya pulang lambat ke rumah. Walaupun banyak baucer yang perlu diperakukan, saya tidaklah sesibuk member kat Bahagian Pemantauan yang kadang-kala kerja sampai jam 5 pagi! Mujurlah ada yang memahami tugas saya yang semakin sibuk menjelang hujung tahun. Saya dapat tahu akaun 2008 akan ditutup pada 31 Disember 2008. Bos memang sporting, selepas tutup akaun dan AKB pada Januari depan, nak cuti 2 minggu pun dia kasi. Nak cuti lama-lama time ni mana boleh..
3. Dek kerana hujan juga rak fail yang kami pesan kat pejabat tidak dapat dihantar kesemuanya sebab nanti rak kayu itu akan kebasahan (lori tak ada penutup, patut la). Mujurlah 4 set dah sampai. Dapatlah kami menyusun baucer secara berperingkat. At last, selepas berpindah dari tingkat 13 ke tingkat 3, akhirnya kami mempunyai ruang rak penyimpanan baucer baru yang teratur dan kemas. Melihatkan rak yang cantik itu, terlintas dalam fikiranku nak ganti almari pinggan mangkuk bonda yang lama kepada almari baru yang lebih kukuh. Tentu terkejut bonda bila bonda balik dari mengerjakan haji nanti. He he he..
4. Sambil saya berblog, saya juga melayari blog kawan-kawan lain yang register dengan blog sidang C. Sidang B pun ada gak. Congrats tu Cik Jah (PPJ Pasir Mas) yang sedang pregnant anak kedua. Padahal masa jumpa tak perasan pun perut dah berisi. Blog rakan-rakan yang lain juga agak menarik seperti azrina, angah, payjal, mutia azura dll. Masing-masing dengan kreativiti yang tersendiri. Rupa-rupanya geng-geng sidang D cuti makan angin kat Europe. wah seronoknya... Oh ya terlupa, malam tadi, Hafiz dari Bahagian Pemantauan telah selamat akad nikah dengan pasangannya. Congrats dan semoga berbahagia selalu.
5. Malam makin larut dan hujan juga makin lebat. Nampaknya setakat ini saja coretan saya. Sebenarnya hari ini 20 Nov adalah birthday saya yang ke .... . Ketika saya menulis ini, hari dah bertukar ke 21 hb. 21 hb sebenarnya birthday arwah mona (yang kisahnya saya tulis di bawah). Arwah tidak sempat celebrate hari jadinya. Semakin umur kita bertambah, semakin kita dekat dengan kematian. Sepatutnya kita semakin banyak amal kebajikan. Baik lah selamat bertahajjud (kepada yang qiyamullail) dan selamat melayari alam mimpi (kepada yang sedang nyenyak tidur dalam kedinginan malam). Asta la Vista.
No comments:
Post a Comment