Sunday, November 30, 2008

HUJAN DAN BANJIR

  • Ketika blog ini ditulis, hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya. Di beberapa daerah di Kelantan telah dinaiki air terutamanya di Jeli dan Tanah Merah. Di belakang rumah, kelihatan air bertakung dan tidak dapat mengalir kerana alirannya disekat oleh jalan tar yang meninggi sedikit.

  • Berdasarkan info banjir di laman web JPS, aras sungai di Jeti Kastam Kota Bharu sehingga jam 9.00 malam tadi telah berada pada paras 4.3 meter yang mana paras bahayanya ialah 5.5 meter. Maknanya sekarang ni berada pada paras berjaga-jaga. Manakala di Sungai Golok, paras air telah mencapai paras bahaya iaitu 10.32 meter (yang mana paras bahayanya ialah 9.00 meter).Kadar hujan yang turun di Kota Bharu pula sehingga tengah malam ini ialah sebanyak 81 mm iaitu dalam kategori sangat berat. Untuk maklumat lanjut boleh layari di http://infobanjir.water.gov.my/.

Friday, November 28, 2008

NAIK PANGKAT

  • 1. Saya baru sahaja dapat tahu tentang pengesahan jawatan gred 44 walaupun surat rasmi belum dikeluarkan lagi. Syukur Alhamdulillah. Sebenarnya di hadapan saya kini terbentang satu tugas dan tanggungjawab yang berat. Saya tetap melakukan tugasan yang sama sewaktu di gred 41 dulu. Kalau dulu kerja saya selesai pada sebelah petang dan meja saya akan kosong pada waktu itu, tapi sejak naik 44 (KUP dan memangku), meja saya tak pernah lagi kosong dan kerja-kerja saya banyak yang perlu diselesaikan.
  • 2. " With great power comes great responsibility", that's true. Semakin tinggi pangkat, semakin besar tanggungjawab dan tugas yang harus dipikul. Laratkah saya? Mampukah saya menanggungnya? InsyaAllah selagi terdaya, saya akan melakukan yang terbaik. "Never say die before u try". Saya teringat lagi kata-kata seorang kerani saya sewaktu saya mula dapat KUP dahulu "Cik Jie harap jangan jadi garang pula lepas naik pangkat ni".
  • 3. Garangkah saya? Saya tak garang, cuma kadang-kadang saya perlu tunjukkan ketegasan kepada kakitangan di bawah seliaan saya. Ketegasan bagi seorang bos penting agar perjalanan kerja teratur, kemas dan agar semua kakitangan tidak leka dan lalai dalam melakukan tugasan mereka. Nasihat dan teguran perlu sentiasa diberi. Spot check juga kena buat. Saya juga akan pastikan saya meronda setiap meja dan dengan cara ini saya dapat pantau kerja-kerja mereka. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya dalam mengharungi liku-liku hidup dan mencapai masa depan yang cemerlang dan gemilang. Amin.

Friday, November 21, 2008

HUJAN, RAK BAUCER DAN BLOG

1. Sekarang dah tiba musim hujan. Minggu ini sahaja, hujan turun 3 hari berturut-turut tanpa henti dan begitulah selsema saya makin menjadi-jadi. Asal terdedah aje dengan hawa sejuk, terus bersin dan hidung tersumbat. Sebenarnya sudah 2 minggu hidung saya tersumbat dan suara saya juga agak sengau.
2. Esok hari Jumaat maka dapatlah saya berehat. Sudah 5 hari saya pulang lambat ke rumah. Walaupun banyak baucer yang perlu diperakukan, saya tidaklah sesibuk member kat Bahagian Pemantauan yang kadang-kala kerja sampai jam 5 pagi! Mujurlah ada yang memahami tugas saya yang semakin sibuk menjelang hujung tahun. Saya dapat tahu akaun 2008 akan ditutup pada 31 Disember 2008. Bos memang sporting, selepas tutup akaun dan AKB pada Januari depan, nak cuti 2 minggu pun dia kasi. Nak cuti lama-lama time ni mana boleh..
3. Dek kerana hujan juga rak fail yang kami pesan kat pejabat tidak dapat dihantar kesemuanya sebab nanti rak kayu itu akan kebasahan (lori tak ada penutup, patut la). Mujurlah 4 set dah sampai. Dapatlah kami menyusun baucer secara berperingkat. At last, selepas berpindah dari tingkat 13 ke tingkat 3, akhirnya kami mempunyai ruang rak penyimpanan baucer baru yang teratur dan kemas. Melihatkan rak yang cantik itu, terlintas dalam fikiranku nak ganti almari pinggan mangkuk bonda yang lama kepada almari baru yang lebih kukuh. Tentu terkejut bonda bila bonda balik dari mengerjakan haji nanti. He he he..
4. Sambil saya berblog, saya juga melayari blog kawan-kawan lain yang register dengan blog sidang C. Sidang B pun ada gak. Congrats tu Cik Jah (PPJ Pasir Mas) yang sedang pregnant anak kedua. Padahal masa jumpa tak perasan pun perut dah berisi. Blog rakan-rakan yang lain juga agak menarik seperti azrina, angah, payjal, mutia azura dll. Masing-masing dengan kreativiti yang tersendiri. Rupa-rupanya geng-geng sidang D cuti makan angin kat Europe. wah seronoknya... Oh ya terlupa, malam tadi, Hafiz dari Bahagian Pemantauan telah selamat akad nikah dengan pasangannya. Congrats dan semoga berbahagia selalu.
5. Malam makin larut dan hujan juga makin lebat. Nampaknya setakat ini saja coretan saya. Sebenarnya hari ini 20 Nov adalah birthday saya yang ke .... . Ketika saya menulis ini, hari dah bertukar ke 21 hb. 21 hb sebenarnya birthday arwah mona (yang kisahnya saya tulis di bawah). Arwah tidak sempat celebrate hari jadinya. Semakin umur kita bertambah, semakin kita dekat dengan kematian. Sepatutnya kita semakin banyak amal kebajikan. Baik lah selamat bertahajjud (kepada yang qiyamullail) dan selamat melayari alam mimpi (kepada yang sedang nyenyak tidur dalam kedinginan malam). Asta la Vista.

Friday, November 14, 2008

CUTI SEKOLAH DAN HUJUNG TAHUN

1. Cuti sekolah dan hujung tahun datang lagi. Musim hujan dan tengkujuh pun turut tiba. Cuti sekolah adalah masa yang baik untuk membawa keluarga melancong ke tempat-tempat tertentu atau balik kampung atau melakukan pelbagai aktiviti. Bagi yang bekerja di pejabat, mereka akan menghabiskan baki cuti yang ada. Jika tidak, cuti berkenaan akan di bawa ke tahun hadapan atau dimasukkan ke dalam tabung GHS. Untungnya, musim haji tahun ini berbetulan dengan cuti sekolah. Harap-harap tiada banjir yang melanda pada hujung tahun ini..


2. Di pejabat, hujung tahun adalah masa yang paling sibuk. 45 hari lagi sebelum tiba tahun baru 2009, projek-projek pembangunan sama ada besar atau kecil perlu disiapkan. Baucer-baucer bayaran perlu dilunaskan. Peruntukan yang masih ada perlu dibelanjakan. Biasanya beban kerja bertambah dan memenatkan. Christmas shopping la katakan. Silap terlepas pandang bayaran, dapat report bil melebihi 14 hari. Bila dah melebihi 14 hari siaplah mengadap... Tak pun terpaksa minta balik peruntukan tahun ini pada tahun depan. (AP58).

3. Bukan itu saja, masa ini jugalah Audit Dalam nak buat lawatan. Pemantauan sistem 5S pun nak rebut peluang. Itu belum lagi dokumen-dokumen yang diminta oleh JANM Kelantan. Sama-sama nak habiskan "hutang" agar tak terbawa-bawa ke tahun depan. Kalau diikutkan rasanya mahu "tumbang". Nasib baik ada geng kerja berpasukan. Kami semua menurut arahan. Berkhidmat untuk negara menjadi slogan. Agar kerja terus cemerlang. Pelanggan tidak berhati walang. Organisasi terus maju ke depan.
4. Jika niat betul, memang kerja satu ibadah. Termasuk dalam ibadah juga ialah mengurangkan red tape atau karenah birokrasi. Agar semua berpuas hati. Tidak dituntut di Akhirat nanti. Wa Allah 'A'lam.

SEKILAS PANDANG

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Kesibukan tugas harian membuatkan saya lupa seketika. Baru-baru ini saya ingin menulis mengenai Jamuan Hari raya. Syawal telah berlalu dan majlis raya pun telah berakhir. Betapa kita di Malaysia ini perlu banyak-banyak bersyukur kerana sentiasa cukup makan bahkan terlebih makan!. Sana sini jamuan raya diadakan, bahkan ianya menggoda "iman' orang yang hendak puasa 6. Masa puasa, berat saya susut 4 kg. Sekarang dah naik 2 kg. Azam dalam hati nak kurangkan makan (yang berkalori tinggi) tapi jamuan raya punya hal (sate, nasi beriani, ketupat etc.. etc..) makan jugaklah.

Adakalanya ada 2- 3 jamuan raya dalam sehari. Biasalah kalau balik ke ofis, badan dan mata rasa berat.. Exercise jarang-jarang buat. Lagi la menambah lemak dan silap haribulan kolesterol tinggi. Saya tinggalkan kisah jamuan raya.

Saya juga ingin nyatakan di dalam blog ini mengenai service seorang doktor di sebuah poliklinik di KB-baiklah, antara andaian dan diagnosis. Mungkin dia doktor ganti atau fresh graduate. Bersikap cincai dan tidak membuat apa-apa pemeriksaan terhadap saya. Saya mengadu sakit dada, sakit kat hati etc. Anda bayangkan dia boleh kata, "Sakit dada disebabkan oleh urat kat dada yang tegang, mungkin awak tension, tapi pandai-pandai la awak sendiri nak atasi tension itu dan bla.. bla..." (syarahan perdana) dan last sekali dia boleh tanya saya, "Sekarang ni awak nak saya buat apa?" So saya jawab," Doc, boleh periksa tekanan darah saya tak? (dalam hati, aku ke ngkau doktor ni). Dia terus memeriksa tekanan darah dan ok. Saya rasa ingin cepat blah dari situ. Penghabisannya saya diberi ubat pain killer. Can u imagine that? Kalau tahu macam tu baik saya ke farmasi saja. Patutla poliklinik tu takde orang, mungkin sebab si doc itu.

Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah:-

(1) Doktor itu telah membuat andaian sendiri tanpa membuat apa-apa pemeriksaan terhadap pesakit. Dalam bab ini andaian tidak boleh diterima melainkan disokong oleh bukti (pemeriksaan yang betul).

(2) Doktor itu juga boleh dikatakan telah melakukan medical negligence sekiranya dia cincai atau cuai semasa memberi rawatan atau preskripsi ubat yang salah. Pernah berlaku kepada rakan saya semasa di kampus dahulu. Beliau mengalami bengkak di kaki. Apa jawapan doktor kampus? Ala awak tu tension sebab nak exam. Suatu hari rakan saya collapse, dan setelah didiagnos, dia menghidap penyakit buah pinggang! Ternyata doktor di kampus itu telah bersikap lewa. Rakan saya tadi terfikir untuk menyaman doc itu for medical negligence tapi bila memikirkan masa dan kos, dia membiarkannya saja.

Di negara Barat kita perhatikan mengapa servis di sana tip top dan jarang mengecewakan? kerana mereka TIDAK MAHU KENA SAMAN dan BAYAR PAMPASAN. Pokoknya apa sahaja khidmat yang kita berikan hendaklah berteraskan kepada KEPUASAN PELANGGAN. Cherio.