Sunday, October 30, 2011

KEMBALI SEMULA

Salam,


Dah lama tak menjenguk blog ini. Dah bersawang hampir 10 bulan ditinggalkan. Payah betul aku nak mengatur ayat dalam tulisanku ini. Aku agak sibuk dengan tugas di pejabat dan kehidupan seharian. Sebenarnya sibuk bukan alasan yang tepat sebab manusia diberi masa 24 jam sehari. 24 jam tu kalau isi dengan betul sudah tentu banyak perkara yang boleh diselesaikan. Masih ada ruang sebenarnya kalau aku nak meng-update blog ini setap hari. Cuma aku tak peruntukkan waktu untuk meng-update blog. Itu yang sebetulnya. Aku peruntukkan waktu untuk buat benda lain. Tentu 'pembaca' blog ini sudah 'hilang' atau masih ada kah yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa dan kurang informasi ini?


Bercakap mengenai waktu, selalu kita dengar orang menyebut "saya sibuk" "saya tak da masa". Tapi logiknya kalau difikirkan Allah beri masa 24 jam kepada kita. Dalam tempoh 24 jam ni macam-macam perkara yang kita boleh lakukan kalau kita berminat nak lakukan. Contohnya Seorang wanita yang bekerjaya, mempunyai 3-4 anak, membuat kerja rumah dan dan melayan suami dan anak-anak, sempat lagi pada malamnya atau waktu senggang yang lain mengupdate blog, atau melayari internet atau menyambung kerja pejabat yang belum selesai. Yang sebetulnya kita tidak lakukan sesuatu bukan sebab kita sibuk tapi sebenarnya - kita sibuk, tetapi masih ada waktu terluang dan tidak peruntukkan waktu yang terluang tersebut untuk lakukan sesuatu yang kita suka/ patut lakukan/ biasa lakukan atau apa-apa lagi yang berkaitan dengannya.

Friday, January 7, 2011

Kembali menjenguk

Salam,

1. Dear readers, Salam tahun baru 2011 dan harap tidak terlambat untuk mengucapkannya. Hampir setahun tidak menulis di blog ini. Sebenarnya banyak perkara yang ingin ku tulis di blog ini sebelumnya, tapi entah tak menjadi. Tahun 2010 ditinggalkan dengan seribu satu pahit dan manis. Ye, pahit dan manis itulah yang mendewasa dan mematangkan kita seiring dengan peningkatan usia.
2. Segala yang penat jerih/sukar telah berlalu. Tahun lepas terlibat dengan bermacam-macam perkara/ kerja dari 5S, WE, Sarawak, Audit, ISO, penutupan akaun, AKB dan sebagainya. Semuanya telah ditempuhi dengan suka duka. Aku tidak ingin bercerita lanjut tentang apa yang telah berlalu. Bagi setiap kesukaran tu tetap ada kesenangan dan kepuasannya yang tersendiri.
3. Aku bakal berpindah ke seksyen lain dalam tempoh terdekat ini jika tiada aral melintang. Seksyen kewangan ini telah aku duduki selama 5 tahun. Kira satu jangka masa yang agak panjang berbanding rakan-rakanku yang lain. Bukan mudah berada di seksyen ini. Dari seorang yang agak lemah lembut, menjadi sedikit tegas. Karenah staf dan orang-orang sekeliling pun perlu ditangani dengan cara yang terbaik. Apa pun, semuanya adalah 'good exercise' untuk aku untuk melangkah ke tahap yang seterusnya.
4. Hujan di sini lebat mencurah-curah sejak 2 minggu yang lalu. Kesian dengan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berpindah. Kesian dengan nak-anak yang tidak dapat ke sekolah sebab sekolah di kawasan banjir. Kesian juga dengan tragedi kebakaran 30 buah rumah di Gua Musang yang berlaku jam 1 pagi tadi. Semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian. Insya Allah bantuan WE akan menyusul kelak.

Saturday, March 6, 2010

I am back

Dah lama tak menjenguk dan menulis di ruang ini. Sekarang dah masuk bulan Mac 2010. Banyak peristiwa yang telah berlaku sepanjang aku tak update blog ini. Apa yang telah lepas tidak ingin ku catatkan di sini. Cuma aku bahagia dengan kehidupanku setakat ini dan berharap akan lebih bahagia lagi selepas ini.

Friday, December 18, 2009

HAPPY NEW HIJRAH YEAR 1431

Dear friends and readers,

Happy New Hijrah Year 1431. May New Year brings joy and luck for all of you out there and don't forget to make transformation/changes in your life from better to best. I would like to express my congratulation to Al-'Allamah Yusof al-Qaradawi and Tan Sri Datuk Dr Yusof Noor for being "Tokoh Maal Hijrah" 1431 H.

Wednesday, December 16, 2009

YEAR END 2009

There's a lot of tension since KSN announced that no more AP 58 (a) for agencies under Prime Minister's Department for financial year 2009. Every payment must be settled before 24 December 2009 and AKB period from 1-7 January 2010. After this period, no more last year bills would be paid using 2010 allocation. Those who involve with handling project must aware that every project and work must be finished before 31st Dec 2009.

Tuesday, December 15, 2009

EXPENSES VERSUS INCOME

I keep wondering why people always not enough money eventhough they just get their monthly salary? Even my staffs themselves quickly make their T& T and overtime at the end of month in order to get back their money shortly. Then i think for some reasons:-

1) They have family to support

2) They have to go outstation/ extra duty- need to spend some money

3) Their expenses is above the salary they get. For eg. change to new handphone brand, buy new expensive Tudung Arini, buy new expensive cloth, branded belongings, so on and so forth.

4) They have loan to pay, gas for transportation.

Above all, please remember that 10% from our salary is for savings.

Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaykum,

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepa semua rakan dan kenalan. Maaf zahir dan batin.

Tuesday, September 22, 2009

CORAT-CORET RAYA

1. Hari ini hari ketiga beraya, aku dah mula bekerja, anak-anak buah tak datang lagi. Esok atau lusa baru diorang masuk. Nak buat perakuan bayaran tak dapat, sebab memerlukan 3 orang dalam satu masa. So, setakat ni yang ada kat pejabat cuma aku, bos dan Pembantu Am Pejabat je. Bos pun dah keluar menghadiri jamuan raya. So tinggal aku dengan PAP je kat Bahagian ni. Sebenarnya aku masih bercuti sehingga 23 hb, tapi pejabat nak kena dijaga so aku ambil keputusan 23 dan 24hb ni aku bercuti.
2. Pengarah dah dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Pengarah bermula 25hb September 2009. Tak tahu pula siapa yang akan menggantikan tempat beliau. Pagi tadi, aku dan bos naik berjumpa dengan beliau untuk mengucapkan tahniah dan bertanyakan khabar. Beliau dan pembantu-pembantunya sudah mula berkemas barang.
3. Sejak 2 minggu yang lalu, malam bulan Ramadan dan Syawal sememangnya bising dan bingit dengan mainan mercun dan bunga api. Bukankah mercun telah diharamkan oleh Kerajaan. Aku mendapat tahu bahawa mercun-mercun berkenaan diseludup dari negara jiran. Masalahnya kenapa polis tidak bertindak menahan budak-budak dan orang dewasa yang bermain mercun nak menganggu ketenteraman orang lain saban malam?

SALAM AIDILFITRI

Kepada semua rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri saya, diucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Halalkan semua makan minum, maafkan perkataan dan perbuatan saya sekiranya terkasar bahasa, terngumpat dan mengguriskan hati dan perasaan saudara/ saudari sekalian. Sekiranya umur panjang, InsyaAllah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadan pada tahun hadapan.

Sunday, September 6, 2009

RAMADAN- NUZUL QURAN

I hope it's not too late to wish Happy Ramadan Al-Mubarak and the 17th day of Ramadan.