Tuesday, September 22, 2009

CORAT-CORET RAYA

1. Hari ini hari ketiga beraya, aku dah mula bekerja, anak-anak buah tak datang lagi. Esok atau lusa baru diorang masuk. Nak buat perakuan bayaran tak dapat, sebab memerlukan 3 orang dalam satu masa. So, setakat ni yang ada kat pejabat cuma aku, bos dan Pembantu Am Pejabat je. Bos pun dah keluar menghadiri jamuan raya. So tinggal aku dengan PAP je kat Bahagian ni. Sebenarnya aku masih bercuti sehingga 23 hb, tapi pejabat nak kena dijaga so aku ambil keputusan 23 dan 24hb ni aku bercuti.
2. Pengarah dah dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Pengarah bermula 25hb September 2009. Tak tahu pula siapa yang akan menggantikan tempat beliau. Pagi tadi, aku dan bos naik berjumpa dengan beliau untuk mengucapkan tahniah dan bertanyakan khabar. Beliau dan pembantu-pembantunya sudah mula berkemas barang.
3. Sejak 2 minggu yang lalu, malam bulan Ramadan dan Syawal sememangnya bising dan bingit dengan mainan mercun dan bunga api. Bukankah mercun telah diharamkan oleh Kerajaan. Aku mendapat tahu bahawa mercun-mercun berkenaan diseludup dari negara jiran. Masalahnya kenapa polis tidak bertindak menahan budak-budak dan orang dewasa yang bermain mercun nak menganggu ketenteraman orang lain saban malam?

1 comment:

Anonymous said...

Nice 2 see ur blog..