Lama tak menulis di blog ini. Sebenarnya ada tugasan hendak dibuat dan nak kena tunjuk kat bos pagi esok, masih sempat singgah kejap kat blog ni.. 2 minggu lepas was a tired week for me. Instead, dah 5 hari aku ambil cuti tahun ini (sehingga Mac), tak termasuk MC. Ke Langkawi 3 hari, balik lepas tu prepare taklimat PRE untuk Dato' Pa, tengah kalut, printer dan mesin fotostat buat hal. Habis berpeluh satu badan. Nasib baik lepas taklimat tu Big Bos dan Bos senyum ucap terima kasih kat aku. Kemudian beberapa hari masuk ofis, kena terbang pula ke Putrajaya untuk taklimat juru audit selama 2 hari.Maknanya aku nak kena jadi juru audit la pulak lepas ni. Aku kena ke 3 buah negeri di selatan iaitu Johor, NS dan Melaka. Isyk.. bukan tak seronok jalan-jalan kat tempat orang ni, tapi memandangkan kerja melambak-lambak dan menuntut tindakan segera, so aku pun tukar dengan member untuk audit kat HQ saja. Mujur dapat tukar. Sehingga bulan Mac 2009, dah banyak kali aku terbang. Mula-mula syok lah terbang dan jalan-jalan ke tempat orang. Lama-lama rasa puas pulak.
Ok lah aku ciao dulu, nak siapkan talking poin big boss untuk mesyuarat JPKA lusa. Wassalam.
No comments:
Post a Comment